Parlimen Malaysia melambangkan
keutuhan sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan.Sistem Demokrasi
Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan maksud Seri Paduka
Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Perlembagaan negara telah
digubal dengan mengadakan syarat-syarat untuk pengalaman sistem ini. Salah satu
syarat sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga
bahagian di dalam pemerintahan, iaitu Perundangan, Kehakiman dan Pentadbiran
atau Eksekutif. Malaysia juga merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem
Demokrasi berasaskan kepada sistem Persekutuan. Sehubungan dengan itu, ia
bermakna negeri-negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak , Selangor, Negeri
Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah telah
bersetuju dengan konsep penubuhan Negara Malaysia.Setiap negeri yang terbabit
telah menyerahkan sebahagian kuasa masing-masing, seperti kewangan, pertahanan,
pelajaran, luar negara dan lain-lain lagi seperti mana yang telah tercatat di
dalam Perlembagaan Malaysia yang di tadbir oleh Kerajaan Pusat.
Ada perkara-perkara yang dijadikan
kuasa negeri dan negeri akan mentadbirkan kuasa. Sebagai sebuah negara
Raja Berperlembagaan, maka diperuntukan oleh Perlembagaan institusi Yang
Di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu di sembilan buah negeri dan Majlis Raja-raja.
Baginda adalah diberi kuasa untuk memelihara adat istiadat orang Melayu dan
Pentadbiran Agama Islam di
negeri masing-masing.
Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong adalah
Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, dan
Wilayah-wilayah Persekutuan.Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong juga menjadi
Kepala Utama Negara dan Baginda adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera
Negara. Baginda akan menjalankan tugas-tugas dibawah Perlembagaan mengikut
nasihat Perdana Menteri atau Jemaah menteri . Raja-raja pula menjadi Ketua
Negeri masing-masing dan menjalankan tugas mengikut nasihat Menteri-menteri
Besar atau Ketua-ketua Menteri.Parlimen Persekutuan mengandungi Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong, dan dua Dewan iaitu Dewan Negara dan Dewan
Rakyat. Perkara 55, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa hanya Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sahaja yang boleh memanggil Parlimen untuk
bersidang. Baginda juga mempunyai kuasa istimewa untuk memberhenti atau
membubarkan Parlimen. yang di Pertuan Agong sahaja yang boleh
memanggil Parlimen untuk bersidang. Baginda juga mempunyai kuasa istimewa untuk
memberhenti atau membubarkan Parlimen.Bagi Dewan Rakyat, Ketua atau Timbalan Ketua Majlis hendaklah menetapkan sekurang-kurangnya 28 hari sebelum permulaan tiap-tiap penggal, tarikh-tarikh majlis akan bermesyuarat dalam penggal itu. Walau bagaimanapun, Ketua atau Timbalan Ketua Majlis boleh mengubah tarikh-tarikh yang ditetapkan itu dari masa ke semasa.Parlimen Persekutuan merupakan badan perundangan yang tertinggi di Malaysia. Melainkan jika dibubarkan terlebih dahulu. Parlimen akan terus berjalan selama lima tahun, dari tarikh mesyuarat pertamanya selepas Pilihanraya Umum.Pada penghujung tempoh lima tahun ini, Parlimen dengan sendirinya dibubarkan dan dalam masa 60 hari dari tarikh pembubaran Parlimen, Pilihanraya Umum bagi memilih wakil-wakil untuk Dewan Rakyat hendaklah diadakan, dan Parlimen dipanggil bermesyuarat pada suatu tarikh yang tidak lewat daripada 120 hari dari tarikh pembubaran
*Struktur Parlimen Malaysia.
Pemerintahan Malaysia yang bercirikan demokrasi berperlimen
dan raja berpelembagaan yang unik kerana Parlimen Malaysia terdiri daripada
tiga komponen:-
· Yang Di-Pertuan Agong
· Dewan Negara
· Dewan Rakyat
Setiap negara mempunyai kaedah dan
sistem pemerintahan yang tersendiri.Terdapat berbagai nama yang diberikan untuk
menggambarkan bentuk pemerintahan sesebuah negara seperti demokrasi, sosialis,
monarki dan lain-lain.
Dalam sistem berkenaan, terdapat
jenis pemerintahan yang membenarkan penglibatan rakyat dalam mengurus dan
mengemudi pemerintahan negara.Sementara itu terdapat juga pemerintahan yang
tidak memberi ruang kepada rakyat untuk terlibat dalam urusan pemerintahan negara.Sistem
pemerintahan demokrasi amat bermakna bagi sesebuah negara yang mendaulatkan
kebebasan rakyat.
Ianya menggambarkan suatu sistem yang
memberi keutamaan kepada suara dan kehendak majoriti rakyat. Istilah popular
demokrasi “kerajaan rakyat, dari rakyat untuk rakyat”. Unsur penting dalam
demokrasi ialah “pemerintahan rakyat”. Dalam sistem demokrasi yang berkuasa
ialah rakyat. Demokrasi mempunyai makna yang bertentangan dengan autokrasi.
Dalam autokrasi, rakyat tidak boleh bersuara dan tidak dibenarkan terlibat
dalam urusan pemerintahan negara.
*Sistem Demokrasi di
Malaysia.
Pemerintahan Malaysia mengamalan
pemerintahan demokrasi berparlimen dengan raja berpelembagaan seperti
dinyatakan dalam perkara 44 Perlembagaan Persekutuan.Dalam sistem ini, kuasa perundangan
Persekutuan terletak kepada Parlimen yang mengandungi Yang Di-Pertuan Agong dan
dua majlis yang dinamakan Dewan Negara dan Dewan Rakyat.Parlimen mempunyai
kedudukan tertinggi dan merupakan badan yang mewakili rakyat untuk membuat
undang-undang dan dasar-dasar.
Dalam demokrasi berparlimen, rakyat
mempunyai kuasa memilih pemimpin dan kerajaan. Wakil yang dipilih oleh rakyat
sama ada bagi kawasan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri akan bertanggungjawab
serta bertindak untuk memperjuangkan kepentingan rakyat yang diwakilinya.
Amalan memilih pemimpin dan kerajaan dalam demokrasi berparlimen ini dibuat
melalui pilihanraya.Pilihanraya merupakan salah satu saluran penglibatan
warganegara dalam membuat keputusan politik. Melalui pilihanraya, rakyat diberi
hak bagi memberi mandat kepada sesuatu seperti parti untuk membentuk kerajaan.
Kuasa rakyatlah yang akan menentukan parti yang akan memerintah negara serta
membentuk corak pembangunan dan masa depan rakyat.
*Ciri-ciri Demokrasi
Berparlimen
Negara demokrasi lahir daripada
perjuangan berasaskan kedaulatan rakyat. Umumnya terdapat dua corak
pemerintahan negara demokrasi, iaitu sistem Raja Berperlembagaan dan Sistem
Republik.Malaysia telah memilih dan mengamalkan sistem pemerintahan Demokrasi
Berparlimen dan Raja Berperlembagaan sejak mencapai kemerdekaan pada tahun
1957.Demokrasi Berparlimen bermaksud rakyat melibatkan diri dalam sistem
pemerintahan negara manakala Raja-Raja Melayu menjadi lambang taat setia
rakyat.Sistem Raja Berperlembagaan, merupakan pemerintahan yang mengekalkan
raja sebagai pemerintah tertinggi negara dan negeri yang dibantu oleh Perdana
Menteri.Sementara sistem Republik menolak institusi beraja. Kerajaan ini
diketuai oleh presiden yang dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya.
Casino king - Casino in Jordan - Airjordan21 Retro
BalasPadamCasino king - Casino in air jordan 18 retro men blue my site Jordan. Airjordan21 Retro. Find 텍사스 홀덤 족보 all about air jordan 18 retro yellow to good site the games, equipment, air jordan 18 stockx accessories and gaming experience! where to buy air jordan 18 retro men blue