*Perlembagaan.
Pemerintahan Malaysia bercirikan demokrasi berparlimen dan raja berpelembagaan secara langsung menjadikan perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi yang menjadi asas kepada pembentukan sesebuah kerajaan.Perlembagaan dijadikan dokumen rasmi dan di dalamnya terkandung segala peraturan dan prinsip sebagai panduan kerajaan untuk melaksanakan kuasanya dan mentadbir negara.Parti politik yang memerintah akan mengetahui hala tuju pentadbiran negara dan hal ini menjamin kerajaan menunaikan tanggungjawab kepada rakyat melalui peruntukan yang terkandung di dalamnya.Perlembagaan Malaysia yang diperkenalkan pada 16 September 1963 mengandungi 183 perkara.Perlembagaan ini mengandungi pelbagai peruntukan seperti Senarai Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, Institusi Yang di-Pertuan Agong, Parlimen, Jemaah Menteri dan Badan Kehakiman.Memandangkan Malaysia merupakan sebuah negara persekutuan, Perlembagaan Malaysia telah membuat pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri.Negeri-negeri yang bergabung dalam persekutuan Malaysia diberikan hak, kuasa dan tanggungjawab seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Negeri.
*Keluhuran perlembagaan.
Pemerintahan Malaysia mengamalkan keluhuran perlembagaan yang merupakan prinsip Rukun Negara yang ketiga yang bermaksud keagungan dan ketertinggian undang-undang atau perlembagaan itu sendiri.Keluhuran Perlembagaan Malaysia mengatasi Yang di-Pertuan Agong, Parlimen, Jemaah Menteri dan Mahkamah.
Ini bermakna semua jenis undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia adalah tidak sah.Maka, undang-undang negeri mestilah selaras dengan Perlembagaan Persekutuan. Perkara 75 menyatakan, undang-undang negeri yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan adalah terbatal dengan sendirinya. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kuasa kepada mahkamah untuk membatalkan akta yang diluluskan di luar bidang kuasa Parlimen atau bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia. Mahkamah berkuasa menentukan kesahihan setiap undang-undang bagi menjamin keluhuran dan ketertinggian Perlembagaan Malaysia.
*Kepentingan perlembagaan.
Pemerintahan Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan raja berpelembagaan mementingkan perlembagaan yang berperanan untuk menjamin kestabilan sesebuah negara dengan menentukan rangka dan bentuk pentadbiran agar wujud kecekapan, keadilan, ketulusan serta kelancaran.
Setiap pemimpin memerlukan panduan semasa memerintah supaya pemerintahannya menepati kehendak perlembagaan dan aspirasi rakyat.Perlembagaan Malaysia menjamin taat setia rakyat dengan memegang matlamat yang sama supaya semangat patriotisme dapat dibentuk.Perkara 24 Perlembagaan Malaysia menyatakan seseorang yang mempunyai kerakyatan negara lain akan dilucutkan kewarganegaraannya. Perkara 25 pula menyatakan bahawa seseorang warganegara boleh dilucutkan kerakyatannya jika terbukti tidak setia kepada negara ini. Tujuannya supaya rakyat memberikan sepenuh ketaatan kepada tanah air untuk mengekalkan identiti negara dan bangsa Malaysia.
Perlembagaan Malaysia menjamin hak asasi dan kebebasan rakyat di negara ini. Setiap warganegara mempunyai hak asasi dan kebebasan seperti berpersatuan, beragama dan memiliki harta. Maka rakyat mengetahui had kebebasan di sisi undang-undang.Perlembagaan Malaysia, dalam Perkara 153 memperuntukkan peranan Yang di-Pertuan Agong dalam menjaga dan memelihara hak istimewa serta kedudukan orang Melayu dan bumiputera di Sarawak dan Sabah. Hak istimewa tersebut ialah pemberian jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, kemudahan pendidikan serta pemberian.
lesen perniagaan dan perdagangan. Walau bagaimanapun, perlembagaan juga memastikan Perkara 153 tersebut dilaksanakan dengan berhati-hati supaya pelaksanaannya tidak mengabaikan kaum-kaum lain.Perlembagaan Malaysia juga menjamin kerjasama, kesepakatan, keadilan dan kepentingan bersama antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri di mana Perlembagaan adalah rujukan utama dalam penggubalan undang-undang persekutuan dan negeri.Pembahagian ini menjelaskan Perlembagaan Negeri pula tidak boleh bercangggah dengan Perlembagaan Malaysia.
*Ketinggian Perlembagaan Malaysia
Ketertinggian perlembagaan dilihat pada peruntukan kuasa parlimen,kedudukan Yang di-Pertuan Agong, kuasa perundangan clan kebebasan asasi.Parlimen memperoleh kuasa daripaca perlembagaan.Yang di-Pertuan Agong tertakluk kepada Perlembagaan Malaysia.
*Pindaan perlembagaan.
Sejak tahun 1957 Perlembagaan Malaysia telah dipinda beberapa kali. Pindaan ini bertujuan untuk sentiasa relevan melindungi kepentingan rakyat, menjaga keselamatan negara dan melicinkan urusan pentadbiran negara.Perlembagaan juga telah dipinda bagi melarang perkara sensitif dipersoalkan secara terbuka.
Antara perkara sensitif dalam perlembagaan yang tidak boleh dipersoalkan termasuklah pemerintahan beraja,agama Islam, kedudukan bahasa Melayu dan hak istimewa orang Melayu. Parlimen telah meluluskan pindaan Akta Hasutan 1970 yang mengehadkan seseorang individu daripada bercakap sewenang-wenangnya sehingga menyentuh perkara yang sensitif yang boleh menimbulkan perbalahan antara kaum di negara ini. Tujuannya untuk memelihara keselamatan, ketenteraman dan keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara kita.Antara pindaan besar yang telah dibuat termasuklah pemansuhan imuniti (kekebalan) bagi Yang di- Pertuan Agong dan Raja yang memerintah negeri daripada kesalahan jenayah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan