PARTI-PARTI POLITIK DI MALAYSIA

                                   

                   





*Parti-parti politik di Malaysia.
  
Secara umumnya parti politik merujuk kepada sekuimpulan orang yang mempunyai ideologi politik untuk mencapai matlamat bersama.Parti-parti politik ini berjuang untuk mendapatkan kuasa. Ahli-ahlinya membayar yuran keahlian dan selalunya memberikan kesetiaan dan komitmen terhadap perjuangan parti.Selain ideologi politik, sikap perkauman juga menjadi asas pembentukan dan penyatuan ahli-ahli parti.Contohnya Parti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Parti Cina Se-Tanah Melayu (MCA)dan Kongres India Tanah Melayu (MIC) di negara kita.Parti-parti ini ditubuhkan dengan matlamat untuk menyatukan dan memelihara kepentingan kaum masing-masing.



*Negara persekutuan.

Pemerintahan Malaysia yang unik mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen dan raja berpelembagaan memaparkan  Malaysia sebagai sebuah negara Persekutuan  yang bermaksud penyatuan beberapa buah negeri yang mempunyai sebuah Kerajaan Persekutuan serta beberapa buah Kerajaan Negeri bagi menjalankan tugas berdasarkan kuasa yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia.Senarai Persekutuan memuatkan bidang kuasa Persekutuan, iaitu hanya Kerajaan Persekutuan mempunyai kuasa terhadapnya.
Senarai Negeri mengandungi bidang kuasa yang diperuntukkan kepada negeri, iaitu Kerajaan Negeri sahaja mempunyai kuasa terhadapnya.Senarai Bersama pula menurunkan bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Dalam bidang kuasa ini, kedua-dua kerajaan mempunyai kuasa terhadapnya.Persekutuan merupakan satu kaedah menyatupadukan pelbagai wilayah yang dahulunya wujud berasingan bagi membolehkan hubungan baik antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri diselaraskan.Sifat ini bukan sahaja dapat membentuk Kerajaan Persekutuan yang stabil serta berwibawa dan membantu mengurangkan perbalahan antara etnik.



*Kerajaan persekutuan.

Keunikan pemerintahan Malaysia adalah kerana Perlembagaan Persekutuan memberikan peruntukan yang luas kepada Kerajaan Persekutuan berhubung dengan pentadbiran negara.Badan pelaksana atau eksekutif mempunyai tugas untuk menjalankan kuasa-kuasa eksekutif mengikut perlembagaan dan undang-undang yang sedia ada.Mengikut Perlembagaan Persekutuan, kuasa eksekutif bagi Kerajaan Persekutuan terletak pada Yang di-Pertuan Agong.Kabinet atau Jemaah Menteri ialah badan yang menjalankan kuasa eksekutif yang dipegang oleh Yang di-Pertuan Agong.Jemaah Menteri ini diketuai oleh seorang Perdana Menteri daripada kalangan ahli Dewan Rakyat.



*Kerajaan negeri.



Perlembagaan Malaysia memperuntukkan kuasa eksekutif kepada setiap negeri. Kuasa eksekutif itu terletak pada Raja atau Sultan atau Yang Dipertua Negeri.Menteri Besar atau Ketua Menteri dilantik oleh Raja atau Yang Dipertua Negeri daripada kalangan ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mendapat kepercayaan majoriti ahli dewan tersebut.Urusan pentadbiran peringkat negeri pula terletak pada perlembagaan negeri sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysia. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) di Semenanjung Malaysia, Majlis Tertinggi di Sarawak dan Kabinet di Sabah mengandungi sebilangan ahli DUN serta tiga orang pegawai kerajaan (ex-officio), iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-undang Negeri yang berperanan menjalankan dasar pentadbiran negara pada peringkat negeri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan