*Bendera kebangsaan.
Bendera kebangsaan yang dikenali sebagai Jalur Gemilang berfungsi untuk membangkitkan semangat perjuangan.Bendera kebangsaan berkibar megah di negara kita sebaik-baik sahaja bendera Union Jack diturunkan pada tengah malam 31 Ogos 1957.Pada tahun 1949, sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan untuk membuat perakuan berhubung dengan reka bentuk bendera Persekutuan Tanah Melayu.
Majlis Perundangan Persekutuan telah mengadakan pertandingan pada peringkat kebangsaan bagi memilih bendera Persekutuan Tanah Melayu yang baru.Pada 28 November 1949, akhbar The Malay Mail telah menyiarkan keputusan majoriti orang ramai. Reka bentuk ciptaan Encik Mohamad Hamzah, arkitek kerajaan di Johor, telah terpilih.Pada 22 dan 23 Februari 1950, beberapa pindaan telah dibuat terhadap reka bentuk bendera tersebut sebelum diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan pada 19 April 1950.
Pada 19 Mei 1950, King George VI telah memperkenankan reka bentuk bendera Persekutuan Tanah Melayu yang baru itu.Bendera Persekutuan Tanah Melayu berkibar buat kali pertama pada 26 Mei 1950 di perkarangan Istana Sultan Selangor dengan dihadiri oleh DYMM Raja-Raja Melayu dan pegawai-pegawai King George VI.Di Malaysia, Jalur Gemilang sentiasa dikibarkan dalam majlis dan adat istiadat rasmi. Misalnya, pada Hari Kebangsaan dan Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong, bendera Malaysia dikibarkan di semua bangunan kerajaan dan juga premis persendirian sebagai tanda ketaatan kita kepada raja dan negara
*Lagu kebangsaan.
Sebelum merdeka lagu kebangsaan negara kita ialah lagu kebangsaan British, iaitu God Save the Queen.Lagu kebangsaan negara kita dikenali dengan tajuk Negaraku yang dicipta pada tahun 1957.Pemilihan lagu ini dibuat oleh Tunku Abdul Rahman yang mengetuai sekumpulan jemaah hakim di Dewan Polis Depoh, Kuala Lumpur.
Pasukan Pancaragam Polis Diraja telah memperkenalkan empat buah lagu. Lagu Terang Bulan, iaitu lagu kebangsaan negeri Perak telah dipilih kerana mempunyai unsur kemelayuan Majlis Raja-Raja Melayu telah memperkenankan keputusan jemaah hakim tersebut.Lirik lagu kebangsaan ini telah digubah semula oleh Encik Saiful Bahri berdasarkan lagu Terang Bulan. Lirik lagu kebangsaan negara menggambarkan kesetiaan rakyat , menuntut kita supaya bersyukur, taat kepada raja dan sanggup berkorban demi mempertahankan negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan